.

Pengenalan kepada Strategi DLM

Kemiskinan dalam komuniti kita adalah suatu realiti yang tidak boleh kita abaikan. Bukan salah mereka kerana mereka hidup serba kekurangan. Terdapat banyak sebab dan keadaan yang menyebabkan manusia hidup dalam kesusahan. Kita, sebagai masyarakat Islam perlu mengambil berat terhadap mereka yang kurang bernasib baik. Mereka juga ingin meneruskan kehidupan mereka sepertimana orang lain.

Atas kesedaran ini, DLM telah mengatur beberapa buah program bantuan untuk asnaf dan golongan miskin. Dalam program ini, DLM menghulurkan bantuan makanan kepada golongan miskin. Sebenarnya masih ramai penduduk di kawasan luar bandar (malahan di bandar) mempunyai pendapatan yang sedikit atau tiada pendapatan langsung. Mereka tidak pernah mempunyai makanan yang cukup. Jauh sekali mendapat makanan yang berkhasiat dan berkualiti. 

Kini DLM – menjemput anda bersama-sama untuk membantu keluarga-keluarga ini mendapatkan bekalan makanan yang sihat. DLM berhasrat untuk  menghantar kotak makanan berkhasiat seberapa kerap yang boleh kepada mereka yang memerlukan. Dengan adanya makanan berkhasiat, insyaAllah masalah kesihatan juga dapat dikurangkan.

Selain dari bantuan makanan asas, DLM juga berusaha untuk memberi mereka peluang pekerjaan sementara agar mereka mampu menjana lebih pendapatan bulanan. Kemudian kami akan membantu mereka untuk mendapatkan pekerjaan yang stabil.
Apa yang penting adalah tugas kita – anda dan kami, sebagai ummah untuk membantu dan memberi sokongan kepada mereka secara konsisten. Kerana hanya dengan bantuan, sokongan dan harapan yang konsisten ini, mereka akan memperolehi keyakinan diri yang kuat  untuk keluar dari kepompong kemiskinan.

Harapan DLM, mereka boleh menjadi contoh dan teladan serta mengangkat generasi akan datang keluar dari kemiskinan untuk kebaikan. Dan seterusnya  mereka membantu orang lain pula yang menghadapi masalah kesusahan hidup yang sama.

Kenapa Perlu Berjuang bersama DLM

DLM adalah satu syarikat yang amat menitik beratkan kehidupan insan yang ketinggalan. Terdapat pelbagai sangkaan terhadap mereka yang terkebelakang disebabkan tekanan hidup. DLM juga merasakan kita perlu berderma kepada asnaf dengan cara yang lebih efektif.

Menurut imej di bawah, inilah perbezaan dan ciri-ciri kebaikan dan keberkesanan DLM.

 

Ketahui Teknologi DLM yang telus

DLMtelah merentas sempadan dunia dengan teknologi kami yang tersendiri. Dibangunkan oleh anak-anak muda DLM, teknologi ini berupaya merentas sempadan dan kami telah pun menguji teknologi ini bersama rakan NGO kami dari Turkiye.

  ..saksikan di Youtube

  

 

Semasa kejadian gempa bumi di awal tahun 2023, kami diizinkan Allah untuk membantu penduduk Turkiye dan Syria yang ditimpa musibah gempa bumi baru-baru ini. Mereka amat berterimakasih pada penderma dari Malaysia yang telah menghulurkan bantuan kemanusiaan.

Kini DLM bersama dengan jurutera dari FInland (kini rakan-kongsi DLM) akan memasukkan teknologi yang lebih mantap yakni Teknologi Blockchain bagi mengukuhkan lagi ketelusan kami - Transparent - Trackable - Trustworthy. Saksikan di youtube.