Beri peluang pada anak-anak miskin
DLM komited untuk membantu kanak-kanak miskin untuk keluar daripada kemiskinan dan terus maju pada masa hadapan. DLM percaya bahawa pendidikan adalah cara terbaik untuk melepaskan diri daripada kemiskinan. Dengan bantuan anda, insya Allah kita dapat bersama-sama membantu mereka untuk memajukan diri dalam pendidikan dan bersedia untuk belajar ke peringkat pendidikan tinggi.
Pada masa ini, DLM bersama-sama anda membantu kanak-kanak ini untuk makan secara sihat dan mengurangkan masalah kesihatan semasa mereka belajar di sekolah. Kami telah pergi ke beberapa sekolah tempatan untuk mengenal pasti pelajar daripada keluarga yang kurang bernasib baik dan memberi mereka kotak makanan berkhasiat secara tetap.
Dengan bekalan makanan ini, mereka dapat mengekalkan kesihatan yang lebih baik dan menumpukan perhatian kepada pelajaran untuk mencapai kadar kejayaan yang lebih tinggi. Dengan kerjasama dari anda, DLM boleh mendekati lebih ramai kanak-kanak dan membawa mereka bukan sahaja makanan, tetapi juga kelas tuisyen percuma yang akan membantu mereka menjadi lebih berjaya pada masa hadapan. Kelas-kelas ini terbuka kepada semua kumpulan B40 dan kami akan memberi tumpuan kepada mata pelajaran teras sukatan pelajaran sekolah.


MISI BANTUAN Kanak-kanak asnaf Malaysia
Jom kita sama-sama membantu anak-anak yang dalam keadaan dhaif. Hanya dengan RM 5 sebulan kita boleh membantu anak-anak ini dengan memberikan mereka makanan dan tuisyen secara online insha Allah.
Semoga bantuan anda diberikan ganjaran di hari akhirat. DLM bersama-sama berusaha memberikan bantuan hasil dari keuntungan kecil jualan produk kami. Dan anda digalakkan membantu seberapa yang anda sudi dan mampu. Terimakasih banyak.
Jika sekiranya anda ketahui mana-mana rumah anak-anak yang dhaif yang memerlukan bantuan, sila maklumkan kepada kami. Kami akan berbincang guru bagi anak-anak tersebut bagi mengenal pasti masalah yang dihadapinya. Masalah mereka ini mungkin disebabkan perlukan rawatan perubatan, atau perhatian istimewa dan pelbagai macam masalah lagi hanya dapat kita fahami setelah perbincangan dilakukan.
Hanya setelah kami mendalami dan mengesahkan masalah tersebut, barulah kami pamerkan kesusahan anak-anak tersebut agar sahabat-sahabat kita yang mampu dapat menghulurkan infaq kepada anak-anak tersebut. Sila lihat juga Strategi DLM untuk ketahui gerak kerja kami.
Teknologi INFAQ GPS kami memastikan wang sedekah anda yang digunakan untuk membeli barangan, selamat sampai ke tangan pusat anak-anak yatim yang memerlukan.
