Bantuan anak-anak yatim
Menolong anak yatim adalah salah satu amalan yang terpuji dalam Islam. Kita semua sedia maklum bahawa manfaat menolong anak yatim banyak di akhirat kelak. Di DLM kami telah memberikan kotak makanan kepada rumah anak yatim secara berkala. Kami juga membawakan mereka aiskrim untuk menceriakan anak-anak yatim. Sungguh indah saat melihat mereka gembira menikmati aiskrim.
Dengan bantuan anda, DLM boleh mendekati lebih ramai anak yatim dan membawa mereka bukan sahaja makanan, tetapi juga kelas tuisyen percuma yang akan membantu mereka menjadi lebih berjaya pada masa hadapan. Pendidikan adalah jalan keluar daripada kemiskinan dan kami memberi peluang ini kepada anak-anak yatim untuk memperbaiki diri dan mempersiapkan diri ke peringkat pengajian tinggi insha Allah.




MISI BANTUAN Anak-anak Yatim Malaysia
Jom kita sama-sama membantu anak-anak yatim yang dalam keadaan dhaif. Hanya dengan RM 5 sebulan kita boleh membantu anak-anak yatim ini dengan memberikan mereka makanan dan tuisyen secara online insha Allah.
Semoga bantuan anda diberikan ganjaran di hari akhirat. DLM bersama-sama berusaha memberikan bantuan hasil dari keuntungan kecil jualan produk kami. Dan anda digalakkan membantu seberapa yang anda sudi dan mampu. Terimakasih banyak.
Jika sekiranya anda ketahui mana-mana rumah anak-anak yatim yang dhaif yang memerlukan bantuan, sila maklumkan kepada kami. Kami akan menemu-duga pengurus rumah anak yatim bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi. Hanya setelah kami mendalami dan mengesahkan masalah tersebut, barulah kami pamerkan kesusahan rumah anak-anak yatim agar sahabat-sahabat kita yang mampu dapat menghulurkan infaq kepada rumah anak-anak yatim tersebut. Sila lihat juga Strategi DLM untuk ketahui gerak kerja kami.
Teknologi INFAQ GPS kami memastikan wang sedekah anda yang digunakan untuk membeli barangan, selamat sampai ke tangan pusat anak-anak yatim yang memerlukan.
