.

Jom bantu pelajar yang memerlukan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya Durrah Abd Malek and saya berusia 25 tahun. Pada November 2022, saya telah tamat pengajian dalam bidang Sains Politik dari Universiti kebangsaan Malaysia dengan CGPA 3.92/4.00 dan adalah penerima Anugerah Buku Universiti. Pada Februari 2023, saya telah menerima tawaran pengajian untuk Ijazah Sarjana European and Global Studies do University of Padua, Itali dengan program bermula pada Oktober 2023. Pencapaian saya semasa menjadi mahasiswa di UKM telah membawa kepada tawaran biasiswa oleh pihak University of Padua, namun ia hanyalah menanggung 60% daripada kesemua kos yang diperlukan untuk meneruskan pengajian.  Saya masih memerlukan bantuan kewangan untuk meneruskan pengajian saya.
 

Mengapakah saya memerlukan bantuan anda? 

Pertamanya, saya adalah seorang anak dari keluarga B40 di Malaysia dengan pendapatan keluarga berjumlah RM2200/sebulan. Ayah saya adalah satu-satunya pencari rezeki kerana ibu saya adalah seorang orang kelainan upaya (OKU) sejak menghidap angin ahmar pada 2017 dan adik saya masih bersekolah di peringkat sekolah menengah. Pandemik COVID-19 telah membuatkan ayah saya menggunakan simpanan KWSP beliau untuk kelangsungan hidup kami setelah hilang pekerjaan (mendapat pekerjaan semula pada 2023). Oleh itu, ayah saya tidak mampu untuk menanggung kesemua kos pengajian saya. Namun, sebagai satu-satunya anak yang tamat pengajian di peringkat tinggi dalam keluarga, saya sangat ingin meneruskan pengajian dan membantu keluarga saya setelah tamat pengajian.
Keduanya, secara profesional, saya telah berusaha untuk menyesuaikan perjalanan pengajian dan profesional saya untuk sebuah karier dalam bidang akademik, terutamanya sebagai seorang penyelidik dan pensyarah. Semasa menjadi mahasiswa di UKM, saya telah membina kemahiran dalam bidang pengajian keselamatan di Asia Tenggara, termasuklah polisi-polisi keselamatan dan hubungan antarabangsa di rantau Asia Tenggara dan dengan rantau lain. Saya sudah mempunyai penerbitan sendiri di dalam jurnal-jurnal akademik, monograf dan pertandingan penulisan kritikal. Saya juga telah membentangkan kertas kajian saya di persidangan-persidangan akademik bertaraf antarabangsa beberapa kali. Saya telah menyediakan diri saya untuk karier akademik dan berniat untuk terus menambah ilmu serta kemahiran saya. 
Ketiganya, saya juga seorang mahasiswa yang ada menerima biasiswa dan tajaan sebelum ini. Bagi setiap biasiswa dan tajaan tersebut, saya telah memberikan keputusan yang cemerlang. Contohnya, semasa di UKM, saya menerima tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di bawah skim Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) untuk menanggung perbelanjaan dan menerima biasiswa EU-ASEAN SHARE COIL Scholarship untuk sebuah program bersama Vietnam National University (VNU).  Saya juga menerima tajaan dari individu-individu persendirian untuk peperiksaan International English Language Testing System (IELTS) dan telah mendapat markaga 8.5/9.0 pada Disember 2022. Tajaan melalui kempen crowdfunding juga telah saya terima untuk membentangkan kertas kerja saya di PCINU Biennale Conference di Vrije University, Amsterdam pada Jun 2022. Mudahnya, saya sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap peluang dan menghargai semua bantuan yang memberikan saya peluang untuk menambah baik diri saya. 
Saya berharap bahawa pihak Tuan/Puan sudi untuk memberikan saya sedikit sebanyak sumbangan untuk merealisasikan impian saya bagi meneruskan pengajian. Kos-kos yang memerlukan bantuan anda ada diberikan di bawah. Sila rujuk dan berikan sokongan Tuan/Puan bagi kos-kos yang ingin Tuan/Puan bantu. Semoga pihak Tuan/Puan sentiasa diberkati Allah SWT dan sentiasa diberikan rahmat. Terima kasih.

Sokongan Padu dari Team DLM

Saya Roslan Abdul Wahab selaku Pengurus Perniagaan DLM telah menemuduga Sdri Durrah dan telah berkomunikasi dengan beliau beberapa kali. Beliau adalah pelajar yang sangat cemerlang. Dan kepintaran dan kecemerlangan Durrah ini menjadi penyebab kenapa DLM perlu mencari jalan untuk membantu beliau. Surat tawaran oleh Universiti dari Itali mencerminkan potensi yang besar buat dirinya. Kecemerlangan beliau untuk mendapat tempat di Itali adalah disebabkan kegigihan beliau dalam mentelaah pelajaran di peringkat Sarjana Muda dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebenarnya beliau juga mendapat tawaran dari Cambridge University namun terpaksa membatalkan hasrat untuk belajar di sana oleh kerana kos yang amat tinggi. Kecemerlangan ini amat diperlukan oleh Malaysia bagi menjana lebih ramai bijak pandai dalam menguruskan negara. Sudah tentunya Sdri Durrah menjadi inspirasi kepada generasi akan datang, Insya Allah.

 

Saya ingin memohon agar kita semua turut membantu Durrah dalam mengejar cita-cita beliau untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Beliau sememangnya layak untuk mendapat biasiswa namun beliau tidak berpeluang untuk mendapatkan biasiswa biar pun pada hakikatnya beliau mendapat CGPA yang amat tinggi. Oleh kerana nasib tidak menyebelahi beliau, saya ingin menggesa agar Tuan2 dan Puan2 sudi membantu anak muda ini untuk membantu mendapatkan tempat di Universiti di Itali. Beliau telah menerima surat tawaran disebabkan beliau layak untuk memasuki Universiti di sana untuk Ijazah Sarjana. DLM memberikan sokongan kepada Sdri Durrah dengan menawarkan tabung kutipan untuk perbelanjaan tiket kapalterbang sehala (Kuala Lumpur-Venice): RM3,200 (anggaran disebabkan perubahan matawang), wang deposit rumah sebanyak RM6,630 serta wang saara hidup sebanyak RM4,100sebulan.

Ketiga-tiga tabung ini amat diperlukan sebelum bulan September ini. (Durrah akan mula belajar pada bulan Oktober). Jadi DLM mengalu-alukan bantuan dari Tuan2 dan Puan2 agar dapat memberikan sumbangan kepada Durrah. Sumbangan sebegini amat memberikan pahala yang besar sepanjang pembelajaran beliau di sana, anda akan sentiasa mengumpul pahala sehinggalah beliau tamat belajar. Bukan itu saja, apabila beliau menggunakan ilmu yang dipelajari selama itulah anda akan terus menikmati ganjaran pahala dari Allah.

 

 

MISI BANTUAN Pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran

Mari kita bersama-sama membantu pelajar-pelajar universiti yang memerlukan. Dengan bantuan yang anda mampu, kita sama-sama dapat membantu mereka dengan memberikan sokongan kewangan dan bantuan sara hidup semasa pelajar berada di kampus, insya Allah.

Semoga bantuan anda mendapat ganjaran di akhirat. DLM berusaha untuk memberikan bantuan melalui keuntungan daripada penjualan produk kami. Anda dipelawa untuk membantu sejauh yang anda mampu dan sanggup. DLM tidaka mengambil sebarang komisen maupun yuran platfom ke atas bantuan kewangan yang dikutip bagi membantu pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi.

Jika anda mengetahui mana-mana pelajar universiti yang memerlukan bantuan, sila beritahu kami. Kami akan berbincang dengan pensyarah mereka untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi. Masalah mereka mungkin berkaitan dengan keperluan buku-buku, yuran, dan pelbagai masalah lain yang hanya dapat kita fahami setelah berbincang dengan mereka.

Hanya setelah kami memahami dan mengesahkan masalah tersebut, kami akan memaparkan kesukaran yang dihadapi oleh pelajar-pelajar tersebut supaya sahabat-sahabat DLM yang mampu dapat memberikan sumbangan infaq kepada mereka. Sila lihat juga Strategi DLM untuk mengetahui cara kerja kami.

Teknologi INFAQ GPS kami memastikan sumbangan sedekah anda yang digunakan untuk membeli barang-barang sampai dengan selamat ke tangan pusat pelajar-pelajar yang memerlukan. Sekian, kami ucapkan berbanyak terimakasih atas ke prihatinan anda.